Cara Buka Akaun Bank Peniagaan Maybank Tanpa “Introducer”

Jumaat lepas aku telah berjaya membuka akaun syarikat di Maybank.

Aku kongsikan tips atau cara untuk membuka akaun syarikat tanpa introducer.

Mungkin ada yang bertanya mengapa perlu ada akaun syarikat ?

Untuk membuka akaun semasa Maybank. Anda semua boleh turuti langkah di bawah :

1. Daftar secara dalam talian terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan serta pilih cawangan Maybank yang berhampiran dengan kawasan perniagaan anda.

Bagi nombor pendaftaran SSM. Masukkan nombor SSM yang lama ( nombor dalam kurungan & ada huruf ). JANGAN masukkan nombor pendaftaran SSM yang baru 12 digit.

Untuk memulakan boleh tekan link di bawah :

https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/page/apply/STPBiz.do?productType=STPBiz&annualTurnover=SME&noOfFullTimeEmp=1&accountType=002&businessType=01&placeOfReg=001&isClubOrAssociation=

2. Anda akan menerima email daripada Maybank. Anda diberi tempoh 10 hari untuk hadir ke cawangan Maybank. Sila bawa dokumen yang diperlukan seperti mana yang dinyatakan dalam email.

3. Hadir ke cawangan Maybank. Anda akan diminta untuk mengisi borang dan juga mendaftar Aplikasi Maybank2u.

Bagi mendaftar Aplikasi Maybank2u, anda perlukan No.Pin ( diterima melalui SMS ) dan juga Access No. ( boleh minta dengan staff Maybank di kaunter.

4. Anda akan menunggu untuk dipanggil oleh staff Maybank. Di sini akan mengambil masa yang agak lama. Lebih lagi jika ramai yang hadir untuk mendaftar akaun syarikat.

“Yang lelaki memang tidak digalakkan datang pada pagi Jumaat. Kalau hendak datang juga, datang awal. Alhamdulilah aku selesai urusan hingga pukul 12.30. Kelam kabut dibuatnya untuk ke masjid solat jumaat. 😅

5. Pastikan anda sediakan wang deposit sebanyak RM1k. Tidak perlu bawa cash. Cukup ada dalam akaun anda.

6. Selesai urusan di cawangan Maybank. Pastikan anda mengaktifkan Secure2u di Aplikasi MAE. Tujuan ia adalah untuk membolehkan anda memindahkan wang keluar daripada akaun syarikat anda. Proses ini akan mengambil masa 12 jam untuk diaktifkan.

Di sini lecehnya jika anda telah menggunakan Aplikasi MAE untuk akaun persendirian. Anda kena install dan daftar baru di device yang berlainan.

Dan akhirnya, alhamdulilah selesai. Moga bermanfaat.

Peniaga Simkad Onexox 😆